AKTIVITI AKAN DATANG

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ

TARIKH : 9 MEI 2011
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 - 1.30
TEMPAT : SURAU AL-HUSNA ( PELAJAR PEREMPUAN )
BILIK UTILITI (PELAJAR LELAKI )
SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM TING. 3

Geografi

Moto, Visi, Misi, Falsafah sekolah dan Piagam Pelanggan
MOTO
Bimbing Didik Cemerlang


VISI
Sekolah unggul penjana generasi terbilang dan Panitia Geografi berusaha untuk mencapai kemantapan pencapaian yang cemerlang di kalangan para pelajar melalui usaha secara lebih bersungguh-sungguh dan pendekatan P & P yang bersesuaian dan berkesan


MISI
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti


FALSAFAH SEKOLAH
Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai kemajuan serta mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para pelajarnya


PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SMK Taman Tuanku Jaafar berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:
Murid:
. Memberi pengajaran yang berkualiti kepada semua murid secara adil dan saksama
. Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat layanan yang adil dan sama rata
Guru dan kakitangan:
. Setiap guru matapelajaran Geografi menerima latihan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Geografi sekurang-kurangnya 2 kali setahun
. Sebarang masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh guru matapelajaran Geografi akan diambil tindakan segera tidak lebih daripada 3 hari
Waris:
. Setiap waris murid yang berurusan dengan guru akan dilayan secara adil dan sama rata
. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih dari 3 hari bekerja
Stake holder:
. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD/JPN/KPM mendapat tindakan segera selepas surat arahan diterima


Objektif Panitia Geografi
Meningkatkan kecemerlangan prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR
Memantapkan taraf profesionalisme guru khususnya dalam bidang pedagogi dan pengurusan matapelajaran Geografi
Mewujudkan iklim dan pesekitaran bilik darjah yang bersih, indah selamat dan menyeronokkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran matapelajarn Geografi
Melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka, kreatif serta kritis selepas mempelajari Geografi


SENARAI PELAJAR CEMERLANG PMR 2009

1. Ain Eidzati bt Alhamd (8A)

2. Khairunnisa bt Azmi (8A)

3. Nur Ahlina bt Abd Razak (8A)

4. Nurul Izzati bt Ramli (8A)

5. Siti Nur Najiha bt Mad Tajudin (8A)

6. Mohd Hanafi b Mohd hussin (8A)

7. Muhammad Syabil b Shamsudin (8A)

8. Faridzatul Nurashikin bt Mohd Azni (7A 1B)

9. Norazilah bt Mohamed Paid (7A 1B)

10. Nur Zafirah bt Sallehudin (7A 1B)

11. Raja Nadhirah bt Raja Hasnan (7A 1B)*

12. Rosdatul Nurashikin bt Yusof (7A 1B)

13. Sitee Nuraihah bt Zohari (7A 1B)

14. Hanisyahira bt Omar (7A 1B)*

15. Muhammad Shaffar b Hussin (7A 1B)

16. Vishnu Kumar al Suppiah (7A 1B)

17. Nurul Hafini bt Mohd Kassim (7A 1B)

• B - Geografi




PROGRAM CINTAI GEOGRAFI
“ MENUJU GLOBALISASI MELALUI ILMU “

PENGENALAN
Pada tahun 2010, Panitia Geografi mengorak langkah untuk mempertingkatkan jumlah pelajar yang memperolehi ‘A’ dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah seterusnya melonjakkan bilangan lulus dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi.

Sehubungan dengan itu, pihak Panitia Geografi menyusun pelbagai aktiviti untuk mencungkil bakat dan menyemai rasa minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi.

Oleh itu, pihak Panitia Geografi bekerjasama dengan Pusat Sumber sekolah akan melaksanakan Program “Cintai Geografi” yang bertujuan untuk menarik jumlah pelajar mengunjungi Pusat sumber dan Bilik Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar.


OBJEKTIF
Program Panitia Geografi bertujuan untuk:
- Memupuk budaya membaca dan cinta akan ilmu di kalangan pelajar khususnya serta keseluruhan warga sekolah amnya.
- Membudayakan amalan menjadikan bilik Geografi dan pusat sumber sekolah sebagai tempat rujukan ilmu dalam kalangan pelajar.
- Menanamkan perasaan cinta akan keindahan dan keamanan yang dikecapi sekarang.

- Memperkasa dan memperkayakan ilmu pengetahuan pelajar tentang Geografi

- Mengerat dan memperkukuhkan perpaduan bangsa.

- Mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif.

- Memupuk semangat patriotisme dalam sanubari pelajar


 PENGISIAN PROGRAM
• Program Panitia Geografi
• Program Bilik Geografi

AHLI JAWATAN KUASA
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM CINTAI GEOGRAFI

Penasihat : Puan Hajah Zaleha bt Siran – Pengetua SMKTTJ
Pengerusi : Encik Akashah b Ismail – Guru Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi I : Tuan Haji Zakaria b Ismail – Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II : Puan Hajah Zainab b Mohd Nasir – Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Penyelaras I : Encik Alias b Abdullah

Penyelaras II : Cik Khalila - Penyelaras Media & Perpustakaan

Setiausaha : Puan Sabariah bt Seman – Ketua Panitia Geografi

Bendahari : Puan Mimi Ezzati bt Md Darus
Seranta : Cik Furzanne bt Zainal

Hadiah / sijil : Encik Hadzri b Mohd Aris

TARIKH PELAKSANAAN DAN LOKASI
Sepanjang bulan Mei hingga November
Tapak perhimpunan rasmi sekolah
Bilik Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar

SASARAN
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar


PENGENDALIAN
Pertandingan akan dijalankan mengikut ketetapan berikut;

- Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
- Semasa perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian sekolah

- Semasa menjalani aktiviti ko-kurikulum sekolah

SUMBER KEWANGAN
• Pusat Sumber Sekolah

• Panitia Geografi


PENUTUP
Semoga semua aktiviti yang dirancang oleh Panitia Geografi bersama Pusat Sumber Sekolah akan mendapat sambutan seterusnya bakal member impak untuk peningkatan prestasi pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar 2010.


PROGRAM MENGGAPAI BINTANG
PENGENALAN
Pada tahun 2010, Panitia Geografi mengorak langkah untuk mempertingkatkan jumlah pelajar yang memperolehi ‘A’ dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah seterusnya melonjakkan bilangan lulus dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi.

Sehubungan dengan itu, pihak Panitia Geografi menyusun pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan menengah rendah yang akan datang.

OBJEKTIF
Program klinik dan gerak gempur Geografi 2010 bertujuan untuk:

- Mendedahkan jenis-jenis soalan yang keluar dalam peperiksaan PMR

- Mempertingkatkan semangat belajar dalam kalangan pelajar yang lemah dan galus

- Membina keyakinan diri pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR

- Mengerat dan memperkukuhkan perpaduan bangsa serta bekerjsama dalam kumpulan pelajar.

- Memupuk semangat patriotisme dan kekitaan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

PENGISIAN PROGRAM
• Klinik Geografi dan Kelas Pemulihan

• Gerak Gempur Geografi

• Program Celik Peta

• Program Mesra Pelajar

• Peta Minda

• Kelas Tambahan

TARIKH PELAKSANAAN DAN LOKASI
Sepanjang bulan Jun hingga Oktober
Bilik Darjah
Bilik Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar


SASARAN
Semua pelajar tingkatan tiga tahun 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar


PENGENDALIAN
Program menggapai bintang akan dijalankan mengikut ketetapan berikut;

- Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
- Semasa kelas tambahan

- Semasa kelas pemulihan
SUMBER RUJUKAN
1. Koleksi Soalan Percubaan negeri-negeri Malaysia
2. Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar PMR
3. Buku Bravo PMR Geografi Tingkatan 3 – Celine Tan
4. Buku Hotspots Geografi Tingkatan 2 – Celine Tan
5. Buku Hotspots Geografi Tingkatan 1 – L. H. Yong


PENUTUP
Semoga semua program Menggapai Bintangi yang dirancang oleh Panitia Geografi akan member impak untuk meningkatkan prestasi pelajar tingkatan tiga SMK Taman Tuanku Jaafar 2010.

Ketua Panitia Geografi





Bilik Geografi

Kampus astro yang diletakkan di dalam bilik ini telah menjadi salah satu tarikan utama untuk para pelajar mengunjungi bilik yang terletak di aras 2 ini. Bilik yang dibuka setiap kali waktu rehat oleh AJK bilik geografi juga turut menyediAkan kemudahan-kemudahan lain seperti pelbagai buku rujukan dan latihan geografi untuk para pelajar mengulangkaji matapelajaran ini. Terdapat juga kad buatan sendiri untuk dijual kepada pelajar-pelajar yang diletakkan di sudut kitar semula.


Sudut informasi diwujudkan untuk menempatkan pelbagai maklumat asas tentang geografi. Selain itu, terdapat  juga pelbagai fakta menarik  yang boleh diperolehi di sudut tahukah anda.


Jam yang menunjukkan 5 waktu dari negara berbeza juga diletakkan di bilik ini. di sekitar dinding bilik ini juga ditempatkan peta-peta semenanjung malaysia sera sabah dan sarawak untuk memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan.