GURU PANITIA SEJARAH
KETUA PANITIA : Cik Chitra Devi
BILIK SEJARAH
KETUA PANITIA : Cik Chitra Devi
Pn. Hjh Rosiah Bt. Hassan (sesi pagi) (guru cemerlang)
Pn. Normala Bt. Kassim (sesi pagi)
En. Mohd Hafiz Bin Ahmad (sesi pagi)
En. Abdul Malik (sesi petang)
En. Darus B. Yussof (sesi petang)
Pn. Hasliza Bt. Selamat (sesi petang)
Bilik sejarah terletak di aras dua blok A bersebelahan dengan bilik geografi untuk kegunaan pelajar yang mempelajari matapelajaran sejarah. Guru yang mengemaskini bilik ini adalah Pn. Hjh Rosiah. Bilik ini dilengkapi dengan kerusi dan meja serta hiasan bagi mengindahkan lagi suasana di dalamnya. Terdapat banyak sudut ilmiah yang dipenuhi dengan fakta-fakta berkaitan sejarah. Ini bertujuan untuk menambah pengetahuan para pelajar mengenai sejarah.
Gambar menunjukkan susunan meja guru yang bersebelahan dengan skrin putih. Disamping itu, bilik ini juga mempunyai peta-peta berkaitan dengan lokasi sejarah.
Pada bahagian tengah bilik ini telah disediakan 2 helai permaidani untuk kegunaan para pelajar duduk di bawah dan melakukan aktiviti yang telah ditugaskan.
AKTIVITI SEJARAH
- Menghabiskan sukatan matapelajaran Sejarah
- Mengadakan program baca Sejarah
- Mengadakan program Question Attack (Q-A) para pelajar perlu menjawab soalan-soalan objektif mengikut topik. Apabila guru telah selesai menghabiskan sukatan pelajaran, pelajar akan diberikan soalan-soalan percubaan dari pelbagai negeri serta soalan-soalan SPM tahun lalu. Ia juga dilakukan secara berkumpulan atau berpasangan.
- Ujian secara berterusan dimana guru memberikan soalan latihan yang sama (Q-A). Pada kali ini, para pelajar hendaklah melakukan ujian tersebut secara bersendirian. Ini memudahkan para guru untuk mengenal pasti sejauh mana penguasan pelajar tersebut terhadap topik yang telah dipelajarinya.
- Mengadakan program Baca Tiru Tulis (BTT) dimana pelajar diberikan skema jawapan penuh bagi soalan dan essei. Mereka akan membaca semua skema jawapan, kemudian memilih soalan-soalan yang mereka pikirkan lemah serta menyalin semula skema tersebut kedalam buku latihan sejarah.
- Menjalankan aktiviti Segenggam Azam Segunung Kejayaan dimana pelajar-pelajar memilih satu tajuk kecil, kemudian mereka hendaklah menyampaikan tajuk tersebut secara lisan kepada guru yang mengajar. Markah akan diberikan.