AKTIVITI AKAN DATANG

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ

TARIKH : 9 MEI 2011
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 - 1.30
TEMPAT : SURAU AL-HUSNA ( PELAJAR PEREMPUAN )
BILIK UTILITI (PELAJAR LELAKI )
SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM TING. 3

Pendidikan Muzik

diambil dari http://pendidikanmuzik.blogspot.com/

Definisi Muzik

- satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
ı Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
ı Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri).
ı Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).
ı Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
ı Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).
ı Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik


1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.


2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspekaspek muzik
3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.
(i) Imitasi (Mengajuk Balik)
(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
(iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
(iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
(v) Literasi – menulis dan membaca nota muzik


4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakat


5) Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaj iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja.
Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod.
Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.


Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
ı Kemahiran Muzikal Nyanyian
ı Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
ı Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Guru Panitia Pendidikan Muzik




Ketua Panitia : Encik Hadzri

BILIK MUZIK
Bilik ini terletak di aras 3. Terdapat pelbagai jenis alat muzik yang terdapat di dalam bilik ini untuk kemudahan para pelajar mempelajari tentang alat muzik serta memudahkan pelajar-pelajar membuat persembahan ketika berlansung sesuatu majlis.