AKTIVITI AKAN DATANG

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ

TARIKH : 9 MEI 2011
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 - 1.30
TEMPAT : SURAU AL-HUSNA ( PELAJAR PEREMPUAN )
BILIK UTILITI (PELAJAR LELAKI )
SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM TING. 3

Pendidikan Seni Visual

Sekeping kanvas
berwarna putih kekuningan
terbiar kaku di sudut bili
bersama barang buangan
tiada apa-apa makna
tiada siapa memandang
menunggu untuk dibuang.

Kanvas yang kaku itu
lalu diambil oleh tangan seni
dicalit akrilik dengan pisau palit
sapuan impasto, scumbling dan hard edge
warna sekunder dan tertier.

Kanvas yang kaku itu
telah bernafas dan bernadi
kini tidak lagi di belakang lemari
kini ia menjadi hiasan dinding
dipandang dengan mata seni.

Pelajarku
kaulah tangan seni itu
kaulah yang memberi nyawa
kanvas itu tidak lagi dipandang sepi
tanpa harga diri
ketahuilah bahawa
kamulah yang lebih berharga.

Tuan Abdullah Sanusi
SMKTIP1
Ogos 2009

Sebarang maklumat pembelajaran pendidikan seni visual boleh didapati di sini.

GURU PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
Ketua Panitia : Pn. Farah Anom Bt. Nayan
SETIAUSHA PANITIA                 : En. Khairuddin Bin Mansor
GURU-GURU MATAPELAJARAN : 1. Pn. Fadzilla Mustapha Johari
                                                 2. Pn.Rosiah Hassan
                                                 3. Pn. Rozita Moharad 
                                                 4. Pn. Rohayati
                                                 5. Cik Asila (sesi petang)
                                                 6. En. Roslan (sesi petang)
                                                 7. En. Firdaus Selamat (sesi petang)                   



BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL


Bilik Pendidikan Seni Visual terletak di aras tiga blok D. Bilik ini dikemaskinikan oleh Puan Farah Anom Nayan. Pada sesi petang pula, bilik ini digunakan oleh Encik Khairudin Mansor.


Antara pelajar yang mengambil subjek ini adalah pelajar tingakatan 1, 2, dan 3 yang tidak mengambil subjek muzik. Manakala bagi tingkatan 4E, 4F, 5E, dan 5F mengambil matapelajaran ini sebagai subjek teras.
Pelbagai poster diletakkan di sekitar bilik seni visual ini untuk membuktikan hasil kreatif pelajar-pelajar smkttj serta bertujuan untuk menceriakan bilik ini. Di samping itu, karya hasil pelajar juga disimpan dan dipamerkan di dalam bilik ini.





AKTIVITI-AKTIVITI DI BILIK SENI

  1.  Membatik, mengukir, membentuk arca, membuat lukisan, dan kerja-kerja seni.

AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA

  1. Menghasilkan mural sempena program selepas PMR.

  2. Menghasilkan model BBM

  3. Mengadakan pertandingan melukis poster, kuiz, silangkata sepanjang Bulan Patriotik dan Minggu Kemanusiaan.

  4. Menghasilkan kain rentang Hari Kemerdekaan.